Skip to content
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Tentang Kami
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
Hidangan Dari Langit

Hidangan Dari Langit

Nikmatilah hidangan dari langit yang boleh membawa harapan dan berkat kepada kehidupan-mu.

  • Kisah-Kisah Nabi
  • Kisah-Kisah Wanita Yang Solehah
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
  • Lagu-lagu Pujian Allah
  • Toggle search form

Perjamuan Terakhir

Posted on 2025-04-162025-04-29 By Main Editor
Petikan dari Kitab Injil: Lukas 22: 1 – 23.

Komplot Menentang Isa

Perayaan Roti Tidak Beragi, iaitu perayaan Paska telah menjelang. Ketua-ketua imam dan guru-guru Taurat sedang mencari jalan untuk membunuh Isa secara diam-diam kerana mereka takut akan orang ramai itu. Kemudian, Iblis memasuki Yudas Iskariot, salah seorang daripada dua belas pengikut Isa. Lalu Yudas pergi kepada ketua-ketua imam dan pengawal rumah ibadat untuk membincangkan bagaimana dia dapat menyerahkan Isa kepada mereka. Mereka gembira lalu berjanji memberikan wang kepadanya. Yudas pun bersetuju lalu dia mencari peluang yang baik untuk menyerahkan Isa kepada mereka tanpa diketahui orang ramai.

Isa Bersedia untuk Makan Jamuan Paska

Tibalah Perayaan Roti Tidak Beragi. Pada hari itu domba korban harus disembelih untuk jamuan Paska. Isa menyuruh Petrus dan Yahya, ‘Pergilah sediakan jamuan Paska untuk kita.’

Mereka bertanya kepada Isa, ‘Di manakah Engkau hendak kami sediakan jamuan itu?’

Isa menjawab, ‘Setibanya kamu ke dalam kota itu, seorang lelaki yang menjunjung sebuah buyung air akan bertemu dengan kamu. Ikutlah dia ke rumah yang dimasukinya lalu berkatalah kepada tuan rumah itu, “Guru menyuruh kami bertanya: Di manakah bilik tempat Aku hendak makan jamuan Paska bersama pengikut-pengikut-Ku?” Tuan rumah itu akan menunjukkan kepadamu sebuah bilik besar yang lengkap dengan perabot di tingkat atas. Di situlah kamu sediakan jamuan Paska.’

Mereka pergi ke kota dan mendapati semua seperti yang telah dikatakan oleh Isa, lalu mereka menyediakan jamuan Paska.

Perjamuan Tuhan

Apabila tiba masanya, Isa pun duduk bersama pengikut-pengikut yang dua belas itu. Lalu Isa berkata kepada mereka, ‘Sebenarnya, Aku telah lama ingin sekali makan jamuan Paska ini bersama kamu sebelum Aku menderita. Aku berkata kepadamu bahawa Aku tidak akan makan jamuan ini lagi sehingga maksud sebenar Paska dinyatakan di dalam kerajaan Allah.’

Setelah itu, Isa mengambil sebiji cawan minuman. Dia mengucap syukur lalu berkata, ‘Ambillah cawan ini dan bahagikan minumannya antara kamu. Aku berkata kepadamu bahawa mulai sekarang, Aku tidak akan minum air buah anggur lagi sehingga kerajaan Allah datang.’

Lalu Isa mengambil roti kemudian mengucap syukur kepada Allah. Setelah itu Dia memecah-mecahkan roti itu lalu memberikannya kepada pengikut-pengikut-Nya, sambil berkata, ‘Inilah tubuh-Ku yang diberikan untukmu. Berbuatlah sedemikian demi mengingati-Ku.’

Begitu juga setelah makan, Dia mengambil cawan minuman dan berkata, ‘Cawan ini ialah perjanjian baru yang dimateraikan dengan darah-Ku yang dicurahkan untukmu. Tengoklah! Orang yang mengkhianati Aku ada bersama-sama di meja ini. Putera Insan akan mati seperti yang ditetapkan, tetapi malangnya orang yang mengkhianati-Nya!’ Mereka mula bertanya-tanya sesama sendiri siapakah di antara mereka yang akan berbuat demikian.

Isa Al-Masih, Kisah Nabi

Post navigation

Previous Post: Di Taman Getsemani
Next Post: Isa Dimakamkan

Related Posts

Goliat Menentang Orang Israel Kisah Daud
Isa Dimakamkan Isa Al-Masih
Isa Mengajar Melalui Ibarat Ajaran Isa Al-Masih

Menu

  • Kisah-Kisah Nabi
  • Kisah-Kisah Wanita Yang Solehah
  • Download Kitab Taurat
  • Download Kitab Injil
  • Download Kitab Zabur
  • Lagu-lagu Pujian Allah
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
  • Tentang Kami

Copyright (C) 2020-2025 Hidangan Dari Langit

Powered by PressBook Media WordPress theme

  • →
  • Follow us on Facebook
  • Follow us on YouTube