Kisah Siti Maryam Mengandungkan Isa Al-masih

Tahukah anda?

Tahukah anda bahawa Siti Maryam, menerima kunjungan dari malaikat Jibrail? Jibrail berkata bahawa Siti Maryam diredai oleh Allah dan dia akan hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Dan dia harus menamai-Nya Isa
Mari tonton kisah ini ...
Dalam bulan yang keenam, malaikat Jibrail diutus Allah ke Nazaret, sebuah kota di jajahan Galilea,  kepada seorang anak dara yang telah bertunang dengan seorang lelaki yang bernama Yusuf daripada keturunan Nabi Daud. Nama anak dara itu ialah Maryam. Malaikat itu datang kepadanya lalu berkata, “Salam kepadamu yang amat diredai! Tuhan bersamamu!” Hati Maryam runsing mendengar kata-kata itu dan dia tertanya-tanya akan maksud salam tersebut. Seterusnya malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, hai Maryam, kerana engkau telah diredai Allah. Engkau akan hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Engkau hendaklah menamai-Nya Isa. Dia akan menjadi mulia dan Dia akan digelar Putera Allah Yang Maha Tinggi. Allah, Tuhan kita, akan mengurniakan takhta Daud, nenek moyang-Nya itu kepada-Nya. Dia akan merajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaan-Nya berkekalan.”
Lalu Maryam berkata kepada malaikat itu, “Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, sedangkan aku masih dara?”
Malaikat itu menjawab, “Roh Allah akan turun ke atasmu, dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menaungimu. Oleh itu, anak suci yang akan dilahirkan akan digelar Putera Allah. Tambahan pula, saudaramu Elisabet yang dahulu dikatakan mandul pun telah hamil enam bulan walaupun dia sudah tua. Sebabnya bagi Allah tidak ada yang mustahil.”
Maryam berkata, “Aku ini hamba Tuhan. Semoga terjadilah kepadaku seperti yang engkau katakan itu.” Lalu malaikat pun meninggalkannya.
Soalan-soalan
  • Apakah yang disampaikan oleh malaikat kepada Siti Maryam?
  • Apakah janji Malikat Allah tentang anak Siti Maryam?
  • Apakah yang Siti Maryam percaya tentang Tuhan selepas pertemuan ini?