Skip to content
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Tentang Kami
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
Hidangan Dari Langit

Hidangan Dari Langit

Nikmatilah hidangan dari langit yang boleh membawa harapan dan berkat kepada kehidupan-mu.

  • Kisah-Kisah Nabi
  • Kisah-Kisah Wanita Yang Solehah
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
  • Lagu-lagu Pujian Allah
  • Toggle search form

Isa di Hadapan Majlis Agama

Posted on 2025-04-042025-04-17 By Main Editor

Petikan dari Kitab Injil: Markus 14: 53 – 65.

Isa dibawa kepada Imam Besar. Bersamanya berhimpun semua ketua imam, tua-tua, dan guru-guru Taurat. Petrus mengikut Isa dari jauh, turut masuk ke laman dalam rumah Imam Besar, dan duduk di kalangan hamba-hamba, berdiang di situ.

Ketua-ketua imam dan semua ahli Majlis Agama berusaha mencari kesaksian untuk mendakwa Isa, tetapi tidak berjaya. Ramai yang memberi kesaksian palsu terhadap-Nya, tetapi kesaksian mereka semua bercanggah.

Kemudian beberapa orang bangkit memberi kesaksian palsu terhadap-Nya dengan berkata, ‘Kami telah mendengar Dia berkata, “Aku akan membinasakan rumah ibadat yang diperbuat dengan tangan ini, dan dalam tiga hari Aku akan membina rumah ibadat yang diperbuat tanpa tangan.” ’ Tetapi kesaksian mereka masih bercanggah.

Imam Besar bangkit berdiri di tengah-tengah kesaksian itu lalu bertanya kepada Isa, ‘Tidakkah Kamu mahu menjawab apa-apa? Apakah yang disaksikan oleh mereka ini terhadap-Mu?’ Tetapi Isa berdiam diri, tidak menjawab sepatah pun.

Imam Besar itu bertanya lagi kepada-Nya, ‘Adakah Kamu al-Masih, Putera Allah Maha Suci?’

Isa menjawab, ‘Ya, Akulah Dia. Kamu akan melihat Putera Insan duduk di kanan Allah Maha Kuasa, dan datang dengan awan syurga.’

Imam Besar lalu mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sambil berkata, ‘Adakah kita perlukan saksi lagi? Kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya sendiri! Apakah pendapatmu?’

Lalu mereka semua menjatuhkan hukum ke atas-Nya, bahawa Dia patut dibunuh. Kemudian sesetengah mereka mulai meludahi-Nya, membalut mata-Nya lalu memukul-Nya dan berkata kepada-Nya, ‘Bernubuatlah!’ Pengawal-pengawal pula menampar-Nya.

Isa Al-Masih, Kisah Nabi

Post navigation

Previous Post: Yusuf Memperkenalkan Diri Kepada Saudara – Saudaranya
Next Post: Ceramah Terbaik

Related Posts

Perkhabaran Natan dan Pertaubatan Raja Daud Kisah Daud
Yusuf Dan Isteri Potifar Kisah Nabi
Raja Daud dan Batsyeba Kisah Daud

Menu

  • Kisah-Kisah Nabi
  • Kisah-Kisah Wanita Yang Solehah
  • Download Kitab Taurat
  • Download Kitab Injil
  • Download Kitab Zabur
  • Lagu-lagu Pujian Allah
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
  • Tentang Kami

Copyright (C) 2020-2025 Hidangan Dari Langit

Powered by PressBook Media WordPress theme

  • →
  • Follow us on Facebook
  • Follow us on YouTube