Skip to content
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Tentang Kami
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
Hidangan Dari Langit

Hidangan Dari Langit

Nikmatilah hidangan dari langit yang boleh membawa harapan dan berkat kepada kehidupan-mu.

  • Kisah-Kisah Nabi
  • Kisah-Kisah Wanita Yang Solehah
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
  • Lagu-lagu Pujian Allah
  • Toggle search form

Ibarat Tentang Pengampunan

Posted on 2025-04-152025-05-02 By Main Editor
Petikan dari Kitab Injil: Matius 18: 21 – 35.

Petrus datang mendapatkan Isa lalu bertanya, ‘Junjungan, jika saudaraku berdosa terhadapku, berapa kalikah harus kuampuni dia? Sehingga tujuh kali?’

Isa menjawab, ‘Bukan tujuh kali. Tujuh puluh kali tujuh kali.’

Kerana kerajaan syurga seperti berikut: Seorang raja hendak menyelesaikan kira-kira dengan para hambanya. Salah seorang hambanya yang berhutang sebanyak lima puluh juta keping wang perak dibawa mengadapnya. Hamba itu tidak dapat menjelaskan hutangnya. Oleh itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dijual bersama anak isteri dan harta bendanya untuk membayar hutang itu.

Hamba itu menyembah dan merayu, “Bersabarlah denganku. Aku akan menjelaskan hutang itu.” Raja itu berasa kasihan kepadanya lalu menghapuskan segala hutangnya dan membebaskannya.

Tetapi ketika hamba itu keluar, dia menemui seorang hamba lain yang berhutang seratus keping wang perak kepadanya. Dia menangkap dan hendak mencekik rakannya itu sambil berkata, “Bayar semua hutangmu.”

Rakannya itu menyembah dan merayu, “Bersabarlah denganku. Aku akan menjelaskan hutangku.”

Tetapi hamba itu tidak mempedulikan rayuan rakannya. Malah dia memerintahkan supaya rakannya dipenjarakan sehingga menjelaskan hutangnya. Hamba-hamba lain dukacita melihatnya lalu mengadukan hal itu kepada raja.

Raja pun memanggil hamba yang tidak berhati perut itu lalu berkata, “Sungguh kejam perbuatanmu! Aku telah menghapuskan segala hutangmu kerana kamu merayu supaya aku mengampunimu. Bukankah sepatutnya kamu mengasihani rakanmu sebagaimana aku mengasihanimu?” Dengan murkanya raja menitahkan supaya hamba yang tidak berperikemanusiaan itu dipenjarakan dan dihukum sehingga semua hutangnya dibayar.

Begitulah Bapa-Ku yang di syurga akan memperlakukan setiap orang daripadamu yang tidak mengampuni saudaranya dengan ikhlas.

Ajaran Isa Al-Masih, Isa Al-Masih, Kisah Nabi

Post navigation

Previous Post: Isa Mengajar Melalui Ibarat
Next Post: Ibarat Seorang Samaria Yang Baik Hati

Related Posts

Kisah dari Taurat tentang Allah menyelamatkan umatnya orang Israel dari warga Mesir melalui Perayaan Paskah bagi Allah Kisah Nabi Musa AS – Tuhan menyelamatkan umat-Nya dari Mesir Kisah Nabi
Raja Daud dan Batsyeba Kisah Daud
Kisah Nabi Musa AS – Sepuluh Perintah dari Allah Kisah Nabi

Menu

  • Kisah-Kisah Nabi
  • Kisah-Kisah Wanita Yang Solehah
  • Download Kitab Taurat
  • Download Kitab Injil
  • Download Kitab Zabur
  • Lagu-lagu Pujian Allah
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
  • Tentang Kami

Copyright (C) 2020-2025 Hidangan Dari Langit

Powered by PressBook Media WordPress theme

  • →
  • Follow us on Facebook
  • Follow us on YouTube