Skip to content
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Tentang Kami
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
Hidangan Dari Langit

Hidangan Dari Langit

Nikmatilah hidangan dari langit yang boleh membawa harapan dan berkat kepada kehidupan-mu.

  • Kisah-Kisah Nabi
  • Kisah-Kisah Wanita Yang Solehah
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
  • Lagu-lagu Pujian Allah
  • Toggle search form

Ibarat Seorang Samaria Yang Baik Hati

Posted on 2025-04-152025-05-02 By Main Editor
Petikan dari Kitab Injil: Lukas 10: 25 – 37.

Seorang ahli Taurat datang dan cuba memerangkap Isa. Dia bertanya, ‘Tuan Guru, apakah yang patut aku buat supaya memperoleh hidup yang kekal?’

Isa berkata, ‘Apakah yang tercatat dalam Taurat? Bagaimanakah kamu mentafsirnya?’

Ahli Taurat itu menjawab, ‘ “Engkau hendaklah mengasihi Allah, Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh kekuatanmu dan dengan sepenuh fikiranmu serta engkau hendaklah mengasihi sesama manusia seperti dirimu sendiri.” ’

Isa berkata kepadanya, ‘Betullah jawapanmu. Berbuatlah demikian dan kamu akan hidup.’

Tetapi dia hendak membela dirinya lalu dia berkata kepada Isa, ‘Siapakah sesama manusia itu?’

Isa menjawab, ‘Ada seorang dalam perjalanan dari Baitulmaqdis ke Yerikho. Dia diserang oleh penyamun yang merompaknya dan membelasahnya sehingga setengah mati. Kebetulannya, seorang imam melalui jalan itu. Apabila dia melihat si malang itu, dia menyeberangi jalan dan meneruskan perjalanannya. Begitu juga seorang suku bangsa Lewi melalui tempat itu dan melihat si malang itu. Dia juga menyeberangi jalan dan meneruskan perjalanannya.

Akan tetapi, seorang bangsa Samaria juga lalu di tempat itu dalam perjalanannya. Dia melihat si malang itu dan hatinya dipenuhi dengan belas kasihan. Dia menghampiri si malang itu lalu membersihkan luka-lukanya dengan air anggur dan minyak serta membalut luka itu. Kemudian, dia menaikkan si malang itu ke atas keldai tunggangannya dan membawanya ke rumah tumpangan untuk terus merawatinya di situ. Pada keesokan harinya orang Samaria itu memberikan dua keping wang perak kepada tuan rumah tumpangan untuk perbelanjaan si malang itu sambil berkata, “Jagalah dia dan sekiranya wang ini tidak cukup untuknya, aku akan membayarnya apabila aku datang kembali.”’

Isa berkata, ‘Antara tiga orang itu, siapakah pada pandangan kamu menjadi sesama manusia kepada orang yang dirompak oleh penyamun?’

Ahli Taurat itu menjawab, ‘Orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya.’ Isa berkata, ‘Pergi dan berbuatlah sedemikian.’

Ajaran Isa Al-Masih, Isa Al-Masih, Kisah Nabi

Post navigation

Previous Post: Ibarat Tentang Pengampunan
Next Post: Ibarat Tentang Penyewa Ladang

Related Posts

Yusuf dan Saudara – Saudaranya Kisah Nabi
Perintah untuk Memberitakan Injil Hari Kebangkitan Isa Al-Masih
Goliat Menentang Orang Israel Kisah Daud

Menu

  • Kisah-Kisah Nabi
  • Kisah-Kisah Wanita Yang Solehah
  • Download Kitab Taurat
  • Download Kitab Injil
  • Download Kitab Zabur
  • Lagu-lagu Pujian Allah
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
  • Tentang Kami

Copyright (C) 2020-2025 Hidangan Dari Langit

Powered by PressBook Media WordPress theme

  • →
  • Follow us on Facebook
  • Follow us on YouTube