Skip to content
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Tentang Kami
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
Hidangan Dari Langit

Hidangan Dari Langit

Nikmatilah hidangan dari langit yang boleh membawa harapan dan berkat kepada kehidupan-mu.

  • Kisah-Kisah Nabi
  • Kisah-Kisah Wanita Yang Solehah
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
  • Lagu-lagu Pujian Allah
  • Toggle search form

Hukuman

Posted on 2025-04-152025-05-02 By Main Editor
Petikan dari Kitab Injil: Matius 25: 31 – 46.

Apabila Putera Insan datang dengan segala kemuliaan-Nya, diiringi sekalian malaikat suci, Dia akan duduk di atas takhta kemuliaan-Nya. Semua bangsa akan berhimpun di hadapan-Nya, dan Dia akan mengasing-asingkan mereka, sebagaimana gembala mengasing-asingkan domba daripada kambing. Dia akan meletakkan domba di sebelah kanan-Nya dan kambing di sebelah kiri-Nya.

Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, “Marilah, kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disediakan untukmu sejak dunia dicipta. Kerana Aku lapar dan kamu memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu memberi-Ku minuman; Aku orang asing dan kamu menerima-Ku masuk ke rumahmu; Aku tidak berpakaian dan kamu memberi-Ku pakaian; Aku sakit dan kamu melawat-Ku; Aku di dalam penjara dan kamu datang kepada-Ku.”

Orang yang benar itu pun bertanya, “Junjungan, bilakah kami melihat-Mu lapar dan memberi-Mu makanan, melihat-Mu dahaga dan memberi-Mu minuman? Bilakah kami melihat-Mu orang asing dan menerima-Mu masuk ke rumah, melihat-Mu tidak berpakaian dan memberi-Mu pakaian? Bila pula kami melihat-Mu sakit, atau di dalam penjara, dan datang kepada-Mu?”

Raja akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.”

Selepas itu Dia akan berkata kepada mereka yang di sebelah kiri-Nya, “Nyahlah dari sisiku, kamu yang terlaknat, ke dalam api abadi yang telah disediakan untuk Iblis dan para penyokongnya; kerana Aku lapar dan kamu tidak memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu tidak memberi-Ku minuman. Aku orang asing dan kamu tidak menerima-Ku masuk ke rumahmu; Aku tidak berpakaian dan kamu tidak memberi-Ku pakaian; Aku sakit, Aku di dalam penjara, dan kamu tidak melawat-Ku.”

Mereka akan berkata, “Junjungan kami, bilakah kami melihat-Mu lapar, atau dahaga, orang asing, atau tidak berpakaian, atau sakit, atau di dalam penjara, dan tidak mengambil berat tentang-Mu?”

Dia akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu tidak melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamu tidak melakukannya kepada-Ku.”

Mereka itu akan menanggung azab hukuman selama-lamanya, manakala mereka yang benar akan menikmati hidup kekal.’

Ajaran Isa Al-Masih, Isa Al-Masih, Kisah Nabi

Post navigation

Previous Post: Orang Kaya dan Lazarus
Next Post: Isa Masuk ke Baitulmaqdis

Related Posts

Ibarat Seorang Samaria Yang Baik Hati Ajaran Isa Al-Masih
Di Taman Getsemani Isa Al-Masih
Kebangkitan Isa al-Masih Hari Kebangkitan Isa Al-Masih

Menu

  • Kisah-Kisah Nabi
  • Kisah-Kisah Wanita Yang Solehah
  • Download Kitab Taurat
  • Download Kitab Injil
  • Download Kitab Zabur
  • Lagu-lagu Pujian Allah
  • Kitab-Kitab Suci Yang Terdahulu
  • Tentang Kami

Copyright (C) 2020-2025 Hidangan Dari Langit

Powered by PressBook Media WordPress theme

  • →
  • Follow us on Facebook
  • Follow us on YouTube